Ratu Online
VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda akan menjadi sekolah berkesan dan pilihan masyarakat di Daerah Barat Daya menjelang 2010 .
MISI SEKOLAH
Untuk menjadi sekolah diberkesan dan pilihan masyarakat di Daerah Barat Daya, warga sekolah akan berusaha meningkatkan budaya kerja positif bagi:
1.Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan .
2.Memastikan pencapaian kurikulum dan ko- kurikulum sentiasa meningkat cemerlang.
3.Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan memupuk minat,bakat dan kreativiti.
4.Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh Pelajar ke arah pembentukan peribadi mulia .
5.Mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan harmoni untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
IKRAR SEKOLAH
Bahawasanya kami…
Pelajar.Sek.Men.Keb.Raja Tun Uda
Berikrar dan mengaku
Akan patuh kepada undang-undang
Dan peraturan sekolah
Sesungguhnya kami
Menjunjung tinggi
Segala kemudahan yang disediakan
Oleh pihak sekolah
Dan kami akan berusaha
Sedaya upaya kami
Untuk belajar
Dengan bersungguh-sungguh
Segala ilmu
Yang diajarkan kepada kami
Sehingga mencapai kejayaan
Cemerlang
ami akan mengambil bahagian
Dengan Cergas
Dalam semua kegiatan sekolah
Dan tetap memelihara
Dan mengharumkan nama sekolah
LAGU SEKOLAH
Padamu kami berikrar,
Akan menyumbang seluruh daya,
Demi mencapai wawasan bangsa,
Disiplin diri,kami pelihara,
Pantas begerak kearah jaya,
Inilah tanda penghargaan kita,
Berjanji bertekad hari ini,
Memimpin nusa di hari esok,
Akan Kami berdiri teguh,
Demi menjunjung namamu,
Raja Tun Uda.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda terletak di bahagian kawasan Barat Daya,Pulau Pinang.Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda juga dikenali sebagai SMKRTU.SMKRTU telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan pembukaan rasminya adalah pada 27/7/1967 oleh YB Menteri Pendidikan iaitu Encik Mohd Khir Johari.Pada mulanya,bangunan SMKRTU ditempatkan di bayan lepas yang berhampiran dengan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa.Namun sekarang,bangunan baru dan asal SMKRTU ialah di Jalan Tengah,Bayan Lepas,Pulau Pinang .Kedudukan bangunan SMKRTU ialah ditengah-tengah iaitu sebelah kirinya Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Permai dan sebelah kanannya Pejabat Telekom Malaysia.Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda merupakan sekolah melayu pertama yang dibina dikawasan Bayan Lepas ,Pulau Pinang.Pengetua pertama yang bertugas di SMKRTU ialahAllahyarham Encik Mohd Khir Johari dan selaku penolong kanannya ialah cikgu Fadzil Bin Jaafar.
Keluasan tapak bangunan SMK Raja Tun Uda adalah 12.6 hektar.SMK Raja Tun Uda dipindahkan ke Jalan Tengah ,Bayan Lepas,Pulau Pinang pada awal tahun 1983.Dahulu,SMKRTU dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang (SMK).Kawasan sekitar SMK Raja Tun Uda dikelilingi oleh kawasan Perindustrian
Nama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
1. Encik Fadzil B. Jaafar ( 1964-1967)
2. Encik Mohd Kamil B. Hassan ( 1969-1974 )
3. Encik Mohd Nor B. Haji Mohmod ( 1975- 1979 )
4. Encik Megah Hisyam B Megat ( 1980- 1981 )
5. Encik Omar B. Puteh ( 1982- 1983 )
6. Encik Tuah Haji Harun B Bafar ( 1983 – 1987 )
7. Encik Mohd Hussain B Mohd Shahriff ( 1987- 1988 )
8. Encik Abdullah B. Ismail ( 1988- 1992 )
9. Encik Zainol B Mohd Zain ( 1992 – 1994 )
10. Encik Yamaha Bt Tak ( 1995 – 15. 11. 1995 )
11.Encik Mohd B. Kadri (1995- 1996)
12. Pn. Siti Rohani Bt Abu Kassim (1998- 2004)
13. Puan Hajah Wan Lijah Bt. Wan Daud ( 2004- Sekarang )
Objektif
Melahirkan pelajar yang beragama, berakhlak mulia sihat dari segi mental dan fizikal melalui program kokurikulum dan ko-kurikulum.
Melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha mencapai kecermelangan dalam bidang yang diceburi.
Melahirkan pelajar yang mampu mengharmonikan dan kemakmuran diri sendiri, keluarga. masyarakat yang mampu menghormati dan kemakmuran negara.
Melahirkan masyarakat sekolah yang berbudaya cemerlang, penyayang , menghormati serta berjiwa uhur.
Falsafah Sekolah
Bahawasanya kami pendidik-pendidik iktisas ini mempunyai keupayaan,kebolehan dan kemahiran untuk memberi pendidikan di sekolah ini daripada segi perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Bahawasanya kami pelajar-pelajar yang ada di sekolah inu mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Dengan ini, seluas-luas peluang akan di beri kepada pelajar di sekolah ini untuk mencapai tahap prestasi ke peringkat yang cemerlang.