Ratu Online

SYAIR TUN ABDUL RAZAK

Posted in Karya by Maisarah Yusri on April 8, 2010

Dengarlah tuan rakan dan taulan,

Seorang putera jadi negarawan,

Di Pekan Pahang tempat kelahiran, 

Bapa pembangunan diberi gelaran.

Abdul Razak nama diberi,

Pahang Darul Makmur asal negeri,

Jasa ditabur tidak terperi,

Semasa menjadi perdana menteri.

MARA, FELDA dan juga FELCRA,

Memakmurakan rakyat pelbagai cara,

Pusat pendidikan dibina merata,

UiTM mendidik puteri dan putera.

Empangan Muda projek bestari,

Hasil padi menjadi-jadi,

Rakyat terpencil berharta kini,

Rancangan FELDA nadi pertiwi.

Jasanya kini dalam ingatan,

Takkan luput ditelan zaman,

Limpah doa jadi iringan,

Bapa Pembangunan dalam kenangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: