Ratu Online

Sejarah Emas di Malaysia

Posted in Artikel by Maisarah Yusri on April 8, 2010

 Emas telah dilombong di Malaysia sejak 2000 tahun yang lampau. Tempat perlombongan emas ialah di Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1839, Semenanjung Malaysia telah mengeluarkan emas sebanyak 1250 paun. Oleh sebab kos mencari gali emas ini lebih mahal daripada hasilnya, maka aktiviti perlombongan emas telah dihentikan.

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kepingan emas dan barang perhiasan emas telah digunakan semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya pada kurun ketujuh. Barang-barang ini telah dijumpai di Lembah Bujang, Kedah. Bukti juga menunjukkan bahawa negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor menggunakan duit syiling emas dalam urusan perniagaan dengan saudagar asing dan tempatan. Pada zaman Kesultanan Melaka pula, bayaran bagi barang berharga ialah serbuk emas yang disimpan di dalam uncang.

Pada zaman dahulu, tukang emas biasanya bernaung di bawah raja-raja Melayu atau pembesar negeri. Tukang emas ini akan mengukir peralatan kebesaran diraja seperti mahkota. Melaka juga mengukir barang kemas untuk raja dan keluarga baginda. Barang kemas itu termasuklah mahkota untuk upacara berkhatam al-Quran, hulu keris, kerongsang, caping, pending dan justar. Sesungguhnya, seni ukiran Melayu melambangkan kehebatan budaya Melayu. Semoga seni ukir barang kemas ini terus berkembang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: