Ratu Online

Agensi Angkasa Negara

Posted in Artikel by Maisarah Yusri on April 8, 2010

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Agensi Angkasa Negara atau NSA(National

Space Agency).Agensi ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dahulu,agensi ini dikenali sebagai BAKSA(Bahagian Kajian Sains Angkasa).Agensi ini berperanan untuk memenuhi keperluan Negara dalam bidang angkasa.Bidang ini meliputi sains,teknologi dan ekonomi angkasa.Bagi memenuhi aspirasi ini,NSA perlu mencontohi agensi angkasa yang telah maju seperti Agensi Amerika Syarikat NASA(National Air& Space Administration), atau Agensi Angkasa Jepun NASDA(National Space Development Agency), atau Agensi  Angkasa Eropah ESA(European Space Agency).

NSA juga boleh mempelajari sesuatu daripada agensi tersebut dengan cara menyertai program mereka.Program tersebut termasuklah penyelidikan asas angkasa,kesan microgravity,kenderaan rover planet Marikh dan latihan angkasawan.

Selain itu,NSA juga memberikan tumpuan kajiannya dalam aspek aplikasi angkasa dan infrastruktur angkasa.Aplikasi angkasa termasuklah aplikasi satelit canggih.Malaysia telah pun memiliki satelinya ,iaitu satelit komunikasi MEASAT 1,MEASAT 2 dan mikrosatelit(TiungSat-1).Satelit ini berupaya membantu negara dalam bidang geografi,ekonomi dan politik. 

 Dari segi keselamatan,satelit ini dapat digunakan untuk mengawal sempadan negara.Satelit ini juga dapat digunakan untuk memetakan sumber asli,mengkaji persekitaran lautan dan menentukan aktiviti perdagangan.

NSA juga boleh menkaji projek pelancaran kenderaan pelancar angkasa.Pada masa hadapan tidak mustahil kenderaan pelancar ke orbit digunakan.Kenderaan ini berupaya membawa manusia dan muatan lain ke angkasa.Kenderaan ini akan berlepas dan mendarat di lapangan angkasa.

Penubuhan NSA akan membuka lembaran baru dalam bidang angkasa di Malaysia.Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu menawan angkasa raya pada masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: