Ratu Online

Kelab Memanah

Posted in Artikel by Maisarah Yusri on April 1, 2010

Sukan memanah diminati oleh pelajar.Minat mereka tumbuh kerana sukan ini telah mendapat publisiti.Oleh itu,kebanyakan sekolah telah menubuhkan kelab memanah bagi memenuhi permintaan pelajar.Kelab Ini juga mempunyai keistimewaan yang diberikan kepada ahlinya.

Keahlian kelab ini amat terbatas.Hanya pelajar yang benar-benar berminat,berkebolehan dan kemampuan sahaja yang diterima menjadi ahli.Hal ini kerana kemudahan yang ada agak terbatas.Tambahan pula,perbelanjaan menjalani latihan sukan ini agak mahal.Bagaimanamanapun,kelab ini membuka keahliannya kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Ahli kelab akan diajar tentang sukan ini melalui beberapa peringkat.Pada peringkat pertama pengajaran,ahli kelab diberi pengetahuan tentang peralatan memanah seperti busur,sarung tangan,pelapik lengan,pelapik jari,tabung anak panah, penyandang busur dan anak panah.Selain itu,mereka diajar tentang persediaan untuk memanah.Pada peringkat seterusnya barulah mereka dilatih kemahiran asas memanah.

Pertandingan memanah peringkat sekolah terbahagi kepada tiga kategori iaitu bawah umur 12 tahun,bawah umur 15 tahun dan bawah umur 18 tahun.Pertandingan ini pula meliputi peringkat negeri dan kebangsaan.Peserta memanah bagi kategori bawah umur 15 tahun perlu  melepasi tahap memanah pada jarak 50 meter,40 meter,30 meter dan 20 meter.Bagi kategori bawah 18 tahun,perserta perli melepasi jarak 70 meter,60 meter,50 meter,40 meter,30 meter dan 20 meter.Ini bermakna,perserta perlu memanah sasaran dari jarak tersebut.Dalam setiap jarak itu,mereka perlu menghabiskan tiga panahan.Peserta yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Sesungguhnya,sukan memanah ini akan dapat mengharumkan nama negara di persada dunia kerana para pelajar yang terlibat mempunyai pontesi yang tinggi dalam sukan tersebut.Tambahan pula,pihak kerajaan dan swasta bersungguh-sungguh meningkatkan sukan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: