Ratu Online

LAPORAN SAMBUTAN HARI LARIAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA TUN UDA 2010

Posted in Aktiviti Sekolah by Maisarah Yusri on February 10, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2010. Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2010, telah diadakan larian merentas desa  yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan.

Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah Puan Hajah Wan Lijah Bt. Wan Daud ,kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki.Setiap kilometer telah diadakan 9 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat.

Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.Namun terdapat murid terpaksa menaiki ambulans bulan sabit merah Malaysia kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan.

Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian.Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak  larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh,

Siti Maisarah..

(SITI MAISARAH BT.MOHAMED YUSRI)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: